Daging Goreng Ketumbar Secukup Rasa

Daging Goreng Ketumbar Secukup Rasa

Bahan – bahannya :

  • 350gm daging – dihiris nipis dan kecil
  • 1 Sudu besar biji ketumbar
  • 1 Sudu besar kicap cair
  • 1 Sudu besar kicap pekat
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 Sudu teh garam
  • 1 Sudu teh gula
  • 1 Biji bawang holand – tak ada boleh diganti bawang besar biasa
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Minyak untuk menggoreng
Daging Goreng Ketumbar Secukup Rasa

Cara Penyediaan :

  1. Potong daging saiz kecil , kemudian toskan sehingga kering..
  2. Kemudian satukan kesemua bahan kecuali hirisan bawang besar dan daun ketumbar.. Perap sebentar lebih kurang 20minit..
  3. Panaskan minyak , masukkan bahan yang telah diperap kedalam minyak.. goreng hingga daging empuk.
  4. Bila daging sudah empuk , masukkan hirisan bawang besar dan sedikit daun ketumbar..biar sehingga bawang tadi layu. Matikan api ..
  5. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas2..
  6. Siap daging goreng ketumbar secukup rasa..