Ayam Bawang Nasi Kandar

Ayam Bawang Nasi Kandar

Bahan – bahannya :

  • 8 Ketul Ayam
  • 8 Biji Bawang merah
  • 1 Sudu besar serbuk garam masala
  • 1 Sudu besar jintan putih
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 1 Inci halia – dikisar
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit air..

Bahan Tumis :

  • 2 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • 4 Biji buah pelaga
  • 2 Helai daun pandan

Cara Penyediaan :

Ayam Bawang Nasi Kandar
  1. Hiris bawang merah nipis2..kemudian goreng dalam minyak panas..tunggu sehingga bawang layu sedikit..apabila nampak dah nak garing angkat dan toskan..ketepi sebentar..
  2. Ayam di gaul garam dan serbuk kunyit..kemudian goreng sehingga masak dan garing..angkat ketepikan..
  3. Tuangkan sedikit minyak goreng ayam Kedalam kuali , tumis 2 batang kayu manis , bunga lawang , buah pelaga dan daun pandan.. tambah juga bahan kisar iaitu bawang besar dan halia..tumis sehingga naik wangi..
  4. Kemudian..masukkan serbuk garam masala , serbuk jintan putih ,sos tiram , sos tomato , sos cili ,serbuk cili dan sedikit air..kacau2..tambahkan garam dan gula secukup rasa..kacau lagi..Masak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng ..kacau..
  6. Masukkan pula bawang goreng yang digoreng awal2 tadi..kacau semuanya sehingga rata dan sebati .
  7. Sedia untuk dihidangkan
  8. Siap ayam bawang nasi kandar
  9. Selamat mencuba