Ayam Berempah Goreng Kunyit

Ayam Berempah Goreng Kunyit

Bahan – bahannya :

  • 250 gm isi ayam – dihiris nipis
  • 3 Biji cili padi – dihiris menyerong
  • ½ Labu bawang besar – dihiris wedges
  • ½ Biji lobak merah – dihiris bulat
  • 1 Biji kentang – dihiris dan digoreng
  • 1 Sudu besar serbuk kunyit
  • 1 Sudu besar serbuk maggi cukuprasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Perapan :

  • Garam secukuprasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 Sudu besar Serbuk maggi cukuprasa
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar :

  • 3 Ulas bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia

Bahan Tumis :

  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Helai daun limau purut – ikut suka tak nak letak pun tak apa..
  • 1 Cm halia
Ayam Berempah Goreng Kunyit

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan isi ayam kedalam mangkuk bersama bahan perapan dan bahan kisar..gaul hingga rata dan sebati..perap selama 30 minit..
  2. Panaskan minyak dalam kuali..goreng ayam yang sudah diperap terlebih dulu sehingga garing..angkat dan toskan..
  3. Kemudian buangkan sedikit minyak gorengan ayam , tinggal sedikit sahaja untuk munumis…
  4. Panaskan minyak , masukkan bahan tumis kedalamnya..tumis hingga kekuningan..
  5. Masukkan pula lobak merah dan kentang..goreng hingga lobak merah masak.
  6. Masukkan pula ayam , serbuk maggi cukuprasa dan sedikit serbuk kunyit..kacau lagi ..
  7. Akhir sekali masukkan cili padi dan hirisan bawang besar..kacau semua bahan hingga rata dan sebati…
  8. Matikan api dan terus tuang keatas pinggan.
  9. Sedia untuk dihidang dan makan dengan nasi panas – panas..hmm sedap sangat ni..
  10. Siap ayam berempah goreng kunyit..
  11. Selamat mencuba..