Ayam Goreng Masak Kicap Pedas

Ayam Goreng Masak Kicap Pedas

Bahan – bahannya :

  • 4 Ketui ayam – dicuci dan digaul garam kunyit dan digoreng …
  • 1 Labu bawang besar – dihiris butang
  • 2 Biji cili padi merah
  • 1 Inci halia – ditumbuk
  • 2 Ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 Ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar kicap pekat
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu teh pati asam jawa – bancuh dengan sedikit air
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Minyak untuk menumis..
Ayam Goreng Masak Kicap Pedas

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bahan tumbuk sehingga keperangan…
  2. Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air..kacau sedikit dan biar hingga pecah minyak…
  3. Masukkan air asam jawa dan sedikit air..biarkan mendidih seketika..
  4. Apabila mendidih masukkan kicap pekat , sos tiram , garam dan gula secukuprasa..kacau..
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu , cili padi merah dan bawang besar..kacau rata dan biarkan kuah menjadi sedikit pekat..
  6. Apabila kuah sedikit pekat kacau sekali dan tutup api..siap ayam goreng masak kicap pedas..
  7. Sedia untuk hidangkan…