Ayam Goreng Masak Rempah

Ayam Goreng Masak Rempah

Menu untuk 2 Orang Makan..

Bahan – bahannya :

  • 2 Ketui dada ayam – digaul garam kunyit dan goreng separuh masak
  • Garam gula secukuprasa
  • 1/2 Labu bawang besar – dihiris
  • 2 Biji cili padi merah – dihiris
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 Sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 Sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 Sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 Tangkai daun kari
Ayam Goreng Masak Rempah

Bahan kisar :

  • 5 Ulas bawang merah
  • 5 Ulas bawang putih
  • 1 Inci kunyit hidup
  • 1 Inci halia

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bahan kisar dan daun kari hingga keperangan..
  2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar , serbuk jintan manis , serbuk jintan putih dan sedikit air..kacau rata , tumis hingga rempah garing dan pecah minyak..
  3. Masukkan ayam goreng dan sedikit air lagi. kacau rata dan mendidih seketika…
  4. Perasakan garam, gula secukuprasa ..Gaul rata.
  5. Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.Tutup api dan hidangkan.
  6. Siap ayam Goreng masak rempah
  7. Selamat mencuba…