Ayam Goreng Pedas Sos Korea Adabi

Ayam Goreng Pedas Sos Korea Adabi

Bahan – bahannya :

  • 300gm Isi ayam
  • 3 Sudu besar tepung Goreng Serbaguna Adabi
  • 1 Sudu besar tepung jagung
  • 1 Sudu teh serbuk cili
  • Garam secukuprasa
  • ½ Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 Biji telur
  • Sedikit air
  • 2 Bungkus Sos Korea Adabi
  • Sedikit bijan Putih – digoreng
  • Minyak untuk menggoreng
Ayam Goreng Pedas Sos Korea Adabi

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan isi ayam dan hiris tebal 2 inci.
  2. Sediakan 1 mangkuk , masukkan tepung serbaguna adabi , tepung jagung , garam secukuprasa , serbuk cili , serbuk kunyit dan telur..kacau2 rata..
  3. Masukkan air sikit demi sedikit..kacau lagi.adunan tepung jangan terlalu cair dan tak terlalu pekat..agak2 ayam boleh melekat dengan adunan tepung..
  4. Panaskan minyak masak. Kekalkan api sederhana semasa menggoreng.
  5. Masukkan ayam yang disalut tepung ke dalam kuali dan goreng dalam 10 – 15 minit atau sehingga masak.
  6. Angkat dan toskan minyak..
  7. Dalam kuali lain..masukkan sos korea..kacau2 biar mendidih sebentar..
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng kedalamnya.. gaul2 sehingga rata dan sebati dengan Sos Korea Adabi
  9. Taburkan bijan putih dan matikan api.. Tuangkan keatas pinggan dan sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap ayam goreng pedas sos korea adabi..
  11. Selamat mencuba dan menikmati…