Ayam Kicap Pedas

Ayam Kicap Pedas

Bahan – bahannya :

  • 6 Ketul Ayam -Gaul Garam Kunyit Goreng
  • 5 Biji Ubi Kentang Mini – Belah 2.Gaul Garam Kunyit .Goreng
  • 3 Sudu Besar cili kisar,
  • 1 Sudu Teh Asam Jawa Adabi
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 3 Sudu Besar Kicap Lemak Manis
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 1 Sudu Teh Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1 Biji Hirisan Bawang besar
  • 1 Biji Tomato – dibelah 4
  • 6 Biji Cili Padi

Bahan Tumbuk :

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia

Cara Penyediaan..

Ayam Kicap Pedas
  1. Panas minyak ..goreng ayam dan ubi kentang hingga masak..angkat dan toskan..
  2. Minyak yg sama..buang sedikit ..tumis bahan tumis sehingga wangi..
  3. Kemudian masukkan cili kisar..masak sehingga pecah minyak..
  4. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis..kacau2
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi..
  6. Masukkan ayam dan sedikit air..kacau rata..masak sebentar sehingga mendidih..
  7. Taburkan hirisan bawang besar , tomato , cili padi dan ubi kentang yang sudah digoreng kedalam masak kicap..kacau2 semuanya sehingga rata dan sebati..
  8. Matikan api dan sedia dihidangkan..
  9. Siap ayam kicap pedas..
  10. Selamat mencuba