Ayam Masak Cili Kering

Bahan – Bahannya :

  • 4 Ketul Isi Ayam – DiPotong Dadu
  • 3 Biji Hirisan Bawang Merah
  • 7 Tangkai Hirisan Cili Kering
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • 1 Sudu Besar Serbuk Cili
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1/2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 2 Sudu Besar Kicap Lemak Manis

Bahan Perapan Ayam :

  • 4 Ulas Bawang Putih – Ditumbuk
  • 1 Inci Halia – Ditumbuk
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kari Ayam
  • Garam Secukup Rasa
  • 2 Sudu Besar Repung Jagung

Cara Penyediaan :

https://www.instagram.com/reel/CoYhxyRuDaO/

  1. Panaskan Minyak, Goreng Ayam Yang Sudah DiPerap Sehingga Masak Dan Garing..Angkat Dan Toskan Minyak ketepikan..
  2. Minyak Yang Sama Buang Sedikit Jika Banyak , Tumis Hirisan Bawang Merah , Cili Kering Dan Daun Kari Sehingga Naik Bau Wangi..
  3. Kemudian Masukkan Ayam Yang Telah Digoreng Kedalam Bahan Tumisan..Kacau Sehingga Rata..
  4. Masukkan serbuk cili, sos tiram, sos tomato dan kicap lemak manis..kacau semuanya sehingga rata dan sebati..
  5. Rasa Semuanya ok..matikan api Dan Sedia Untuk DiHidangkan..
  6. Siap Ayam Masak Cili Kering
  7. Selamat Mencuba..