Ayam Masak Merah Dan Tomato Ceri

Ayam Masak Merah Dan Tomato Ceri

Bahan – bahannya :

  • 4 Ketui dada ayam – cuci dan toskan
  • 1 Labu bawang besar – dikisar
  • 12 Tangkai cili kering – dikisar
  • 3 Ulas bawang putih – dikisar
  • 1 Inci halia – dikisar
  • 1/2 Inci lengkuas – dikisar
  • 2 Batang serai – dikisar
  • 4 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih dihiris
  • 3 Biji cili padi merah
  • 4 Helai daun limau purut – dibuat urat tengahnya..
  • 1/2 Labu bawang besar – dihiris bulat
  • 5 Biji tomato ceri – dibelah 2
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar tomato puri
  • 1 Sudu kecil gula perang
  • Garam dan serbuk perasa ayam secukuprasa.
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Ayam Masak Merah Dan Tomato Ceri

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau…
  2. Masukkan bahan kisar , cili padi merah dan daun limau purut..masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan tomato puri dan sos tiram Kacau sebentar…
  4. Masukkan ayam , gaul …supaya ayam bersalut dengan rencahnya..
  5. Tambah air jika perlu kuah yang banyak..ikut citarasa ok…biar mendidih sebentar supaya ayam masak dan empuk…
  6. Resepi kali ni , niza tidak goreng ayam..niza masukkkan saja kedalam bahan – bahan kisar..nak cepat hihi..itu sebab ayam perlu masak lama sedikit..supaya ayam empuk dan lembut..nak goreng separa masak pun boleh..ikut citarasa ok…
  7. Kemudian masukkan gula perang , garam dan serbuk perasa ayam secukuprasa..kacau seketika..
  8. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan tomato ceri…gaul rata dan biar kuah sedikit kering dan pecah minyak dengan menggunakan api yang kecil..
  9. Matikan api dan siap ayam masak merah dan tomato ceri…
  10. Sedia hidangkan …
  11. Selamat mencuba…