Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Bahan – bahannya :

  • 8 Ketul ayam – Gaul Garam Kunyit-Goreng
  • 8 Helai Daun Limau Purut
  • 6 Sudu Besar Cili Kisar
  • Sedikit Air
  • 1 Keping Asam Gelugur
  • 1 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Gula perang
  • Garam Secukup Rasa
  • 1 Sudu Besar Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1 Biji Hirisan Bawang Besar
  • Sedikit Hirisan Daun Ketumbar

Bahan Kisar :

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • ½ Inci Lengkuas
  • 2 Batang Serai

Cara Penyediaan :

Ayam Masak Merah
  1. Panaskan Minyak , Goreng Ayam Yang Di Gaul Garam Kunyit Separa Masak..Angkat Dan Toskan..
  2. Minyak Yang Sama Gorengan Ayam ..cuma buang sedikit..tumis bahan Kisar Bersama daun limau purut sehingga naik wangi..
  3. Kemudian masukkan cili kisar..masak sehingga pecah minyak..
  4. Tambahkan asam keping..kacau2..masak lagi..
  5. Masukkan pula , sos tomato , sos cili , sos tiram , gula perang ,garam secukup rasa dan serbuk Maggi cukup rasa..kacau2 rata..
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng kedalam kuah ..kacau2 rata ..
  7. Masukkan hirisan bawang besar..kacau semuanya sehingga sebati..
  8. Taburkan sedikit hirisan daun ketumbar..kacau2 matikan api..
  9. Sedia dihidangkan
  10. Siap Ayam masak merah..