Begedil Ayam

Begedil Ayam

Bahan Untuk Begedil Ayam

  • 500 gram (4-5 biji) kentang – hiris nipis
  • Hirisan Daun Bawang & Daun Sup
  • 6 Sudu Besar Bawang Goreng
  • 150 gram daging ayam kisar
  • 6 Biji Hirisan Cili Padi
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Putih
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
  • Garam Secukup Rasa
  • Minyak Untuk Menggoreng

Cara Penyediaan :

Begedil Ayam
  1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang sehingga kuning dan lembut. Angkat dan ketepikan
  2. Lenyekkan kentang sehingga betul betul hancur dan ketepikan. Pastikan kentang masih panas agar mudah untuk dilenyekkan.
  3. Masukkan semua bahan daun bawang & sup, isi ayam , bawang goreng ,serbuk lada putih , lada hitam dan garam secukup rasa
  4. Gaulkan campuran adunan sehingga sebati
  5. Ambil adunan sedikit dan kepal kan mengikut saiz yang anda mahukan. Kepalkan membentuk bulatan dan leperkan sedikit.
  6. Susunkan didalam pinggan dan buat sehingga habis
  7. Pecahkan telur didalam mangkuk , masuk sedikit garam dan kacau sehingga sebati
  8. Panaskan minyak didalam kuali
  9. Celup begedil tadi kedalam telur dan goreng didalam minyak yang betul betul panas
  10. Pastikan bergedil ayam anda dimasak dengan sempurna dengan menggunakan api yang sederhana besar
  11. Biarkan begedil ayam menjadi kekuningan atau keemasan, barulah dibalikkan
  12. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak
  13. Siap begedil ayam..
  14. Mudah dan sedap..
  15. Selamat mencuba