Bihun Goreng Secukuprasa

Bihun Goreng Secukuprasa

Bahan – bahannya :

  • 1 Bungkus bihun – direndam hingga lembut dan toskan
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 6 Biji cili padi – dihiris
  • 7 , 8 Ekor udang – dibuang kulit
  • Sedikit isi lala
  • 1 Pokok sawi – dihiris ,diasing daun dengan batang
  • Sedikit sayur kubis – dihiris
  • 4 Sudu besar cili kisar
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos tomato
  • Garam, gula secukuprasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan Hiasan :

  • Bawang goreng
  • Daun bawang dan daun sup
  • Cili merah
Bihun Goreng Secukuprasa

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar..kacau rata.masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
  3. Setelah cili garing, masukkan isi lala , udang , batang sawi , kicap, gula dan garam secukuprasa , sos cili , sos tomato dan sedikit air..kacau rata…Masak sehingga pecah minyak.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan sayur kubis ..kacau2 lagi.
  5. Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
  6. Akhir sekali, masukkan pula sayur sawi..kacau sehingga rata dan sebati.. Semuanya dah secukuprasa..bolehlah matikan api.
  7. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.
  8. Siap bihun goreng secukuprasa saya..