Bihun Goreng Singapore

Bihun Goreng Singapore

Bahan – bahannya :

  • 1 Keping bihun – dibersih dan direndam selams 15 minit
  • 6 Biji jejari ketam – dipotong 3 setiap 1
  • 1 Mangkuk kecil udang saiz kecil
  • Sedikit taugeh
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • 3 Biji cili padi – dihiris
  • 1 Biji telur
  • ½ Batang lobak merah – dihiris
  • 6 Ulas bawang putih
  • 1 Sudu besar lada hitam kasar
  • 1 Sudu besar serbuk lada putih
  • 1 Kiub ikan bilis
  • 1 Cawan air
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , pecahkan telur ..goreng sehingga hancur..angkat dan ketepikan sebentar…
  2. Tambahkan sedikit minyak..tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik wangi..
  3. Masukkan jejari ketam dan udang ..kacau2 dan masak hingga udang bertukar warna .
  4. Tambahkan lada hitam kasar , serbuk lada putih dan kiub ikan bilis..kacau2 sebentar..
  5. Kemudian masukkan bihun yang telah direndam kedalam kuali , diikuti dengan hirisan lobak merah dan sedikit air. kacau2 lagi sehingga air kering..
  6. Taburkan pula telur yang digoreng terlebih dulu , hirisan daun kucai dan taugeh..
  7. Kacau2 semuanya sehingga rata dan sebati..
  8. Sedia dihidang dan dinikmati minum pagi dan petang..malam pun boleh ..
  9. Siap bihun goreng singapore
  10. Selamat mencuba..