Bihun Goreng Udang Paling Mudah

Bihun Goreng Udang Paling Mudah

Bahan – bahannya :

  • ½ Keping bihun – dibersih dan diremdam selama 15 minit
  • ½ Mangkuk kecil udang sayur
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar kicap pekat
  • Sedikit garam – Nak tambah sedikit gula pun boleh..ikut citarasa masing2
  • Sedikit air
  • 3 Biji cili padi merah thai – dihiris kecil
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bihun Goreng Udang Paling Mudah

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bawang putih sehingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan udang sayur..kacau2
  3. Masukkan serbuk cili dan sedikit air..masak sehingga pecah minyak..
  4. Tambahkan sos cili , sos tiram , sos tomato , kicap dan sedikit air..kacau kacau rata bahan..
  5. Masukkan pula sedikit garam..kacau lagi..
  6. Akhir masukkan bihun..kacau rata semuanya..
  7. Tambahkan sedikit air lagi …jika nak bihun basah2 gitu..
  8. Kacau bihun sehingga rata dan sebati..
  9. Matikan api dan sedia untuk dihidang dan dinikmati..
  10. Siap bihun goreng udang paling mudah..
  11. Selamat mencuba..