Bubur Ayam Meletop

Bubur Ayam Meletop

Bahan – bahannya :

  • 1½ Cawan beras
  • 5 Biji bawang merah – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 1 Sudu besar lada hitam kasar
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 2 Ketul isi ayam – dihiris dadu
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • 1 Kiub ayam
  • 1 Sudu teh serbuk perasa
  • 1500ml air
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bubur Ayam Meletop

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang merah , bawang putih dan halia hingga naik bau dan keperangan..
  2. Kemudian masukkan isi ayam ..kacau2 rata..Masukkan air..kacau2 biar mendidih sebentar..Masukkan beras..boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga beras menjadi bubur.
  3. Kemudian , masukkan kiub ayam , serbuk lada hitam dan serbuk perasa..kacau2 lagi..
  4. Bubur hendaklah dikacau sentiasa untuk mengelakkan daripada berkerak.
  5. Rasa semuanya ok matikan api dan sendukkan kedalam mangkuk..
  6. Hidangkan bubur ayam bersama hirisan daun bawang , bawang goreng dan cili kicap..
  7. Siap bubur ayam meletop saya..mudah dan sedap sangat..
  8. Selamat mencuba