Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau

Bahan – bahannya :

  • RM2 Kacang hijau – rendam semalaman..kemudian dicuci dan toskan
  • 1 Cawan gula merah – dimasak dan ditapis
  • Gula pasir secukupnya
  • 1 Helai daun pandan
  • 1 Cawan santan pekat
  • 2 Cawan santan cair
  • Air secukupnya
  • Segenggam biji sagu – dicuci dan direndam
  • Garam secukuprasa
Bubur Kacang Hijau

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan kacang hijau yang telah direndam semalaman dan sedikit air kedalam periuk dan rebus sehingga empuk.masukkan sedikit garam…
  2. Bila kacang dah empuk , masukkan santan cair, gula pasir, gula merah dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api sederhana..
  3. Kemudian masukkan pula sagu , kacau lagi..
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  5. Rasa dahulu , apabila rasa semuanya cukup , manis dan lemak , masin cukup matikan api…
  6. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau makan bubur kacang sahaja pun sedap….
  7. Siap bubur kacang hijau niza..
  8. Selamat mencuba….