Cendawan Tiram Goreng Kunyit

Cendawan Tiram Goreng Kunyit

Bahan – bahannya :

  • 1 Paket cendawan Tiram
  • 3 Ulas Bawang Putih – dihiris
  • 3 Biji Bawang merah – dihiris
  • 4 Biji Cili Padi – dihiris
  • 1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
  • 2 Tangkai cili kering – dihiris
  • 1 Sudu besar serbuk maggi cukup rasa
  • 1 Biji telur
  • Sedikit suhun
  • 1 Sudu teh serbuk lada putih
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

Cendawan Tiram Goreng Kunyit
  1. Panaskan minyak pecahkan telur..goreng hingga hancur..ketepi..tumis bawang merah , cili kering , cili padi dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau..
  2. Masukkan pula sebuk kunyit ..kacau2 rata..
  3. Kemudian masukkan cendawan tiram dan suhun.. Kacau sehingga cendawan menjadi layu..
  4. Masukkan serbuk maggi cukup rasa dan serbuk lada putih.. kacau kesemuanya sehingga rata dan sebati..
  5. Matikan api sedia dihidangkan..
  6. Siap cendawan tiram goreng kunyit
  7. Selamat mencuba