Chicken Curry Puff

Chicken Curry Puff

Bahan – bahannya :

  • 1 Paket Puff Pastry Segara
  • 1 Biji Telur – untuk sapu diatas puff
  • Sedikit bijan hitam – untuk ditabur atas puff

Untuk Inti:

  • 5 Biji kentang – dihiris dadu kecil
  • 200 Gm isi ayam – dihiris kecil
  • ½ Labu bawang besar – dihiris dadu
  • 2 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Sudu besar serbuk kari daging
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1 Ketui kuib ayam
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Gula secukuprasa
  • Sedikit daun sup – dihiris
  • 2 Biji cili padi – dihiris
  • Minyak untuk menumis

Chicken Curry Puff

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang merah ,  bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam , serbuk kari daging dan sedikit air. Kacau sehingga rata..
  3. Kemudian masukkan ubi kentang..kacau rata..tambah gula secukuprasa , serbuk maggi cukuprasa dan kiub ayam..kacau lagi ..dan biarkan kentang embuk..dengan menggunakan api yang sederhana kecil..
  4. Masukkan bawang ..kacau2 hingga rata dan masak sepenuhnya..
  5. Akhir sekali , taburkan daun sup dan cili padi..kacau rata hingga kering..dan matikan api..
  6. Tuangkan inti keatas pinggan dan ketepikan..
  7. Ambilkan 1 keping puff pastry belah kepada 2 bahagian.
  8. Letakkan inti kentang separuh bahagian puff.. Lipatkan puff empat segi..
  9. Rapatkan keliling puff supaya inti tak terkeluar semasa membakar.
  10. Gunakan garfu tekan – tekan sekelilingnya.. Kemudian sapukan telur di atas puff dan tabur sedikit bijan hitam..supaya  nampak cantik setelah dibakar.
  11. Letakkan puff di atas dulang pembakar. Bakar puff di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160° selama 40 minit atau sehingga puff menjadi kekuningan.
  12. Sedia untuk dihidangkan dan makan panas panas..hmm sedap..
  13. Siap chicken curry puff..