Daging Goreng Cendawan ( fried Meat White Crab Mushroom )

Daging Goreng Cendawan
( fried meat white crab mushroom )

Bahan – bahannya :

  • 1 Paket White Crab Mushroom – direbus
  • 350gm Hirisan Daging
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Susu Besar Kicap Cair
  • 2 Sudu Besar Serbuk Cili
  • Garam & Gula Secukup Rasa
  • Hirisan Daun Bawang
  • 3 Biji Hirisan Cili Padi Thai

Bahan Tumbuk Kasar ;

  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia

Cara Penyediaan ;

Daging Goreng Cendawan
  1. Bersih cendawan dan rebus sehingga lembut..angkat dan toskan
  2. Masukkan daging kedalam mangkuk dan tuang sedikit sos tiram dan kicap cair..gaul rata..biar sebentar lebih kurang 15 minit..
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali..tumis bahan tumbuk kasar..bawang merah , halia dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau wangi..
  4. Kemudian masukkan daging yang diperap kedalam bahan tumis..kacau2 rata..Tambahkan serbuk cili..kacau dan masak sehingga pecah minyak..
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa..kacau2..
  6. Masukkan cendawan yang direbus lembut kedalam masakan ..kacau lagi..
  7. Kemudian taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan hirisan cili besar..kacau2 semuanya sehingga rata dan sebati..
  8. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan
  9. Siap daging goreng cendawan..
  10. Selamat mencuba