Daging Kambing Bakar

Daging Kambing Bakar

Bahan – bahannya :

  • 6 Keping daging kambing – cuci dan digaul garam kunyit dahulu…

Bahan Perapan :

  • 1 Senduk serbuk kari daging
  • 1 Senduk serbuk cili
  • 3 Sudu sos tiram
  • 3 Sudu sos cili
  • 1 Sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 Sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 Sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 Labu bawang besar dikisar
  • 5 Ulas bawang putih – dikisar
  • 2 Inci halia – dikisar
  • Sedikit minyak
  • Garam dan serbuk perasa ajinomoto secukuprasa
  • Rempah perapan jika banyak boleh disimpan..niza saja buat banyak untuk stok..
Daging Yang Diperap
Rempah Perapan Kambing
Daging Kambing Bakar

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan kesemua bahan perapan didalam satu bekas ..gaul sehingga rata ..
  2. Kemudian masukkan daging kambing kedalam bahan perapan dan gaul hingga rata dan sebati..
  3. Biar selama 2 Jam..
  4. Selepas 2 Jam..gaul semula perapan daging kambing dan letakan keatas dulang oven..susun keatasnya hingga penuh..
  5. Bakar selama 1 jam dengan suhu 200’c..
  6. Jika kurang masak..boleh tambahkan masanya..
  7. Apabila masak..keluarkan daging dari oven..dan gunting daging nipis – nipis..
  8. Letak diatas pinggan..
  9. Siap daging kambing bakar niza…
  10. Sedia dihidangkan ..
  11. Daging kambing , jika dimakan dengan air asam kerisik lagi la sedap…