Fettuccine Goreng Pedas

Fettuccine Goreng Pedas

Bahan – bahannya :

  • 100 Gm fettuccine Prego – direbus dengan sedikit garam dan sedikit minyak hingga masak, toskan.
  • 4 Sudu besar cili kisar
  • 2 Ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 Ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 Sudu besar sos spaghetti
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit Kiub pati ayam
  • Air secukupnya
  • 100 Gm daging – di hiris nipis
  • 100 Gm sotong – dihiris bulat
  • 8 Biji fishball – ayamas
  • Sedikit salad bulat
Fettuccine Goreng Pedas
Fettuccine Goreng Pedas

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan…
  2. Kemudian masukkan cili kisar , masak hingga pecah minyak..
  3. masukkan daging , sotong , fishball dan sedikit air..kacau dan biarkan mendidih seketika..
  4. Masukkan sos spaghetti , sos tiram dan sedikit air lagi..kacau lagi , biarkan hingga kuah mendidih.
  5. Masukkan garam secukuprasa , sedikit kiub ayam dan fettuccine yang telah direbus.. Gaul rata dan biarkan sebentar.
  6. Ahkir sekali masukkan salad bulat dan gaul hingga sebati..
  7. Tutup api ..dan sedia dihidangkan..
  8. Tuang kedalam mangkuk dan tabur sedikit daun bawang keatasnya..Untuk hiasan..
  9. Fettuccine goreng pedas siap..
  10. Selamat mencuba…