Fettuccine Telur Masin

Fettuccine Telur Masin

Bahan – bahannya :

  • 200gm fettuccine – direbus dengan sedikit minyak..
  • 4 Biji telur masin – direbus dan diambil kuning sahaja
  • 1 Mangkuk kecil udang – dibuang kulit
  • 1 Mangkuk kecil sotong – dihiris bulat
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 Kiub ayam
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukup rasa
  • 1 Sudu besar cili kasar / cili flakes
  • 1 Cawan susu cair
  • Sedikit air rebusan fettuccine

Bahan Tumis :

  • 8 Ulas bawang putih – dicincang halus
  • 6 Biji cili padi – dihiris halus
  • 5 Tangkai daun kari
  • 3 Sudu besar mentega / butter
  • 3 Sudu besar minyak
Fettuccine Telur Masin

ara Penyediaan :

  1. Mula2 goreng dahulu udang dan sotong , angkat dan toskan
  2. Kuali yang sama , masukkan mentega , bawang putih , cili padi dan daun kari..kacau2 sehingga naik bau..
  3. Masukkan pula kiub pati ayam..kacau lagi..
  4. Kemudian masukkan telur masin yang direbus ambil kuningnya sahaja dan dihancurkan..tambahkan sedikit susu cair serbuk maggi cukup rasa..kacau2 rata .
  5. Kemudian masukkan fettuccine yang telah direbus kedalam kuali dan masukkan juga sedikit air rebusan fettuccine , udang dan sotong yang telah digoreng ..kacau lagi..
  6. Akhirnya taburkan sedikit cili flakes ..ikut citarasa masing2 nak pedas boleh lebihkan..tak nak pedas boleh kurangkan dan hirisan daun bawang..kacau kesemuannya sehingga sebati..
  7. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan..
  8. Siap fettuccine telur masin..
  9. Selamat mencuba..