Goreng Pisang Crispy / Rangup

Goreng Pisang Crispy / Rangup

Bahan bahan:

  • Pisang – dibelah 2 atau 3..
  • 5 Sudu besar tepung beras
  • 4 Sudu besar tepung goreng
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 Biji telur 
  • Garam secukuprasa
  • Air secukupnya. 
Goreng Pisang Crispy / Rangup

Cara Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali pisang dan air..
  2. Masukkan air sikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.. Sekadar melekat dipisang sahaja..
  4. Celup pisang yang telah dibelah 2, 3 nipis dalam adunan tepung..
  5. Panaskan minyak goreng pisang yang telah dicelup tepung..
  6. Kemudian angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan.
  7. Adunan tepung akan melekat atas pisang gorengan.. Ianya akan kelihatan menarik. 
  8. Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 
  9. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika panas..
  10. Siap resepi goreng pisang crispy / rangup..
  11. Selamat mencuba..