Gulai Ayam Kampung Dengan Betik

Gulai Ayam Kampung Dengan Betik

Bahan – bahannya :

  • 1 Ekor ayam Kampung
  • 1/2 Biji betik – dibelah dan dihiris nipis menyerong
  • 5 Sudu besar serbuk kari daging
  • 1 Labu bawang besar – dikisar
  • 3 Ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 Inci halia – dikisar
  • 2 Cawan santan cair
  • 2 Cawan santan pekat
  • 1 Bungkus kerisik – paket kecil
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit perasa – jika perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Labu bawang besar – dihiris
  • 1/2 Inci halia – dihiris
  • 2 Tangkal daun kari
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • 2 Biji buah pelaga
  • 2 Biji bunga cengkih

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kari daging , tumis hingga garing dan pecah minyak..
  3. Masukkan ayam kampung , kemudian gaul rata dengan rempah , supaya rempah menyerap kedalam isi ayam.
  4. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih hingga ayam betul – betul masak..ayam kampung isinya kenyal sedikit..lambat sikit nak empuk..
  5. Apabila ayam empuk , masukkan air asam jawa dan kerisik. Tuang pati santan, tambah garam dan gula secukuprasa.
  6. Biar mendidih dengan api sederhana.
  7. Akhir sekali masukkan betik , kacau dan masak hingga betik sedikit lembut.
  8. Rasa semuanya cukup boleh matikan api.
  9. Siap gulai ayam kampung dengan betik