Gulai Ayam Kerisik

Gulai Ayam Kerisik | Sedap Tak Terkata

Bahan – bahannya :

  • 6 Ketul ayam 
  • 3 Sudu besar serbuk kari daging
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • 200 ml santan pekat
  • 2 Sudu besar kerisik
  • 3 Biji ubi kentang – dibelah 2 setiap sebiji
  • 3 Biji cili padi hijau
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Bahan Tumis :

  • 2 Biji bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia
  • 2 Tangkai daun kari
  • 2 Biji cili padi merah
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • 4 Biji buah pelaga
  • 2 Biji bunga cengkih

Bahan Kisar :

  • 1 Biji bawang besar
  • 2 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia
  • ( serbuk kari daging , serbuk cili dicampur dengan bahan kisar..kacau sebati )

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , masukkan bahan tumis kedalam kuali..tumis sehingga keperangan…
  2. Masukkan bahan kisar yang dicampur bersama serbuk kari daging..masak hingga pecah minyak…
  3. Masukkan ayam , ubi kentang dan air secukupnya…kacau rata..
  4. Masukkan santan dan kerisik..kacau dan biar mendidih sebentar..
  5. Perasakan dengan garam secukuprasa..kacau dan biar sebentar hingga ayam dan ubi kentang empuk..
  6. Masukkan cili padi dan kacau rata..
  7. Semuanya dah secukuprasa..ubi kentang pun dah empuk..matikan api..
  8. Siap resepi gulai ayam kerisik
  9. Sedia untuk hidangkan bersama nasi putih panas , roti jala , pulut kuning dan lain2 lagi yang bersesuai..
  10. Selamat mencuba