Gulai Ikan Selar Kuning

Gulai Ikan Selar Kuning

Bahan – bahannya :

  • 6 Ekor ikan selar kuning – cuci dengan asam garam dan toskan.
  • 1/2 Cawan santan pekat
  • 1 Cawan santan cair
  • 2 Sudu besar serbuk kari ikan – bancuh dengan sedikit air untuk jadikan paste
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 4 Biji asam belimbing kering – dikisar
  • 1 Labu bawang bawang besar – dikisar
  • 2 Ulas bawang putih – dikisar
  • 4 Biji tomato ceri
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Gulai Ikan Selar Kuning

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Sudu teh halba campur
  • 2 Tangkai daun kari

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam periuk , masukkan bahan tumis kedalamnya , tumis hingga naik bau..
  2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan , serbuk cili dan bahan kisar..masak hingga pecah minyak…
  3. Apabila pecah minyak , masukkan santan cair…biar sebentar hingga mendidih..
  4. Selepas itu masukkan santan pekat , garam gula secukuprasa dan juga air secukupnya..jika perlu..kacau sebentar…
  5. Akhir sekali masukkan ikan selar dan tomato ceri..kacau dan biar sebentar hingga mendidih ..
  6. Sebelum matikan api , rasa dahulu..apabila rasa masam manis masin dah cukup..baru matikan api..
  7. Siap gulai ikan selar kuning
  8. Sedia hidangkan…
  9. Selamat mencuba.