Gulai Lemak Ikan Masin

Gulai Lemak Ikan Masin

Bahan bahan:

  • Ikan talang kering isi dan dicampur tulang – dicuci dan rendam 10 minit
  • 2 Cawan santan 
  • 1 Biji nanas sederhana kecil – dihiris nipis
  • 1 Biji terung bulat – dibelah 8
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Sedikit serbuk perasa – jika perlu/cita rasa anda
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 1 Bungkus kecil serbuk kari ikan kering
  • 1 Biji bawang besar

Bahan Tumis:

  • 1 Sudu besar halba campur
  • 5 Biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 Tangkai daun kari
Gulai Lemak Ikan Masin

Cara Penyediaan :

  1. Di dalam kuali , masukkan bahan kisar bersama buah nenas..masak sebentar hingga mendidih..
  2. Kemudian masukkan ikan talang masin yang dicampur sedikit tulang , buah terung dan santan. Masak sehingga nenas dan terung separuh masak.
  3. Kacau2 rata semua bahan..
  4. Masukkan gula secukuprasa..
  5. Rasa dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan merenih. 
  6. Sementara itu dalam kuali lain , tumis bawang merah, bawang putih , daun kari dan halba campur hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
  7. Kemudian tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas panas semua sekali  dalam periuk.
  8. Tutup tudung periuk untuk mendapat aroma tumisan yang wangi..
  9. Biarkan beberapa minit sebelum dibuka penutup periuk dan kacau rata. 
  10. Sedia untuk dihidangkan..
  11. Siap resepi Gulai lemak ikan masin