Homemade Sambal Belacan

Homemade Sambal Belacan

Bahan – bahannya :

  • 14 Biji Cili besar – dipotong halus
  • 1 Mangkuk kecil cili padi hijau
  • 1 Mangkuk kecil cili padi merah
  • 1 Mangkuk kecil tomato ceri – dibelah 2 setiap sebiji
  • 7 Biji limau kasturi – dibuang bijinya
  • Garam dan gula secukuprasa
  • 4 Ulas bawang putih
  • ½ Biji bawang besar
  • 2 Inci belacan – dibakar
Homemade Sambal Belacan

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan kuali , goreng belacan tanpa minyak selama 3 minit ..angkat ketepikan..
  2. Kuali yang sama , panaskan sedikit minyak , goreng kesemua bahan kecuali limau kasturi , garam gula dan belacan..
  3. Goreng hingga semua bahan menjadi lembik..matikan api dan sejukkan sebentar sebelum dikisar .
  4. Masukkan bahan yang telah digoreng bersama belacan , gula garam secukuprasa dan limau kasturi yang dibuang bijinya kedalam balang pengisar..kisar hingga lumat..atau kasar2 pun ok..suka hati anda ya..
  5. Setelah kisar tuangkan kedalam mangkuk yang bersesuaian..
  6. Sedia dihidangkan dengan ulam ulaman ..saya cuma ada timun sahaja..hihihi..
  7. Siap homemade sambal belacan saya..
  8. Selamat mencuba..