Ikan Bakar | Air Asam Sambal Belacan | Ulaman

Ikan Bakar | Air Asam Sambal Belacan | Ulaman

Bahan Ikan Bakar

  • 13 Ekor ikan kembung
  • Garam kunyit secukuprasa

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan ikan kembung , garam dan kunyit kedalam satu mangkuk ..
  2. Gaul kesemuanya sehingga rata..
  3. Kemudian susun ikan keatas dulang pembakar..
  4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180′.c

Bahan Air Asam Sambal Belacan

  • 3 Biji cili besar
  • 7 Biji cili padi merah
  • 1 Ulas bawang putih
  • Garam Gula secukuprasa
  • 1 Sudu teh pati asam jawa
  • Sedikit belacan

Ulaman :

  • Bayam brazil
  • Kacang bendi
Ikan Bakar | Air Asam Sambal Belacan | Ulaman

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan cili besar , cili padi , garam gula secukuprasa , bawang putih dan pati asam jawa kedalam lesung batu..tumbuk sehingga lumat..
  2. Kemudian masukkan hirisan tomato dan hirisan bawang besar..tumbuk2 kasar sahaja ..gaul2 rata dengan menggunakan sudu..tambahkan sedikit air untuk dijadikan kuah..
  3. Sendukkan air asam sambal belacan kedalam mangkuk..
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar , ulaman dan nasi panas2..sedap..
  5. Siap resepi Ikan Bakar | Air Asam Sambal Belacan | Ulaman
  6. Menu sangat simple lagi sedap..
  7. Selamat mencuba..