Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan – bahannya :

  • 2 Ekor ikan cencaru – dicuci , dibelah kedua – dua belakangnya dan digaul garam kunyit..
  • 1 Sudu kecil pati asam jawa – ADABI
  • Garam , gula secukuprasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng…

Bahan Kisar :

  • 25 Tangkai cili kering – direbus dahulu
  • 6 Biji cili merah – Buang biji
  • 2 Biji cili padi merah
  • 1 Labu bawang besar
  • 6 Ulas bawang putih
  • 1 Inci belacan bakar
  • 1 Inci halia
Sambal Ikan Sumbat
Ikan Telah Disumbat Sambal
Ikan Telah Digoreng

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak , Tumis bahan kisar sehingga sambal masak , dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan pati asam jawa , garam dan gula secukuprasa …jika perlu letak sedikit serbuk perasa ajinomoto..ianya menambah sedap dalam masakan…
  3. Masak lagi sehingga kering dan sedikit garing. Tutup api.
  4. Ambil ikan cencaru. Kemudian sumbat sambal yang telah dimasak tadi di kedua-dua belah belakang ikan. 
  5. Panaskan minyak , Goreng sehingga masak, kemudian ditoskan.
  6. Boleh juga bakar ikan ini di dalam oven.
  7. Ok siap ikan cencaru sumbat sambal..
  8. Sedia untuk dihidangkan…