Ikan Gerut Masak Kicap

Ikan Gerut Masak Kicap

Bahan – bahannya :

  • ½ Biji bawang besar – dihiris
  • 3 Biji bawang putih – ditumbuk
  • ½ Inci halia – ditumbuk
  • 2 Biji bawang merah – ditumbuk
  • 5 Biji tomato ceri
  • 4 Biji cili padi
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu teh gula perang
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukup rasa
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 3 Sudu besar kicap masin
  • 4 Kepingan ikan gerut – digaul garam kunyit dan digoreng
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
Ikan Gerut Masak Kicap

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bahan tumbuk iaitu bawang merah , halia dan bawang putih hingga kekuningan ..
  2. Kemudian masukkan serbuk cili , sos tiram dan sos tomato..kacau2 rata..
  3. Masukkan kicap , serbuk maggi cukup rasa , gula perang dan sedikit air..kacau dan biar sebentar..
  4. Masukkan tomato ceri dan ikan goreng..
  5. Tambahkan hirisan bawang besar , cili padi dan sedikit air lagi..kacau2 sehingga rata..masak sebentar hingga kuah sedikit pekat..matikan api..
  6. Tuang kedalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas2 ..
  7. Siap resepi ikan gerut masak kicap