Resepi Ikan Goreng Berempah

Resepi Ikan Goreng Berempah

Bahan – bahannya :

  • 4 Ketui ikan tenggiri dan nyok nyok
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 Sudu besar tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Tabur :

  • 1 Labu bawang besar saiz sederhana kecil – dihiris
  • 2 Biji cili padi – dihiris
  • 2 Tangkai daun kari
Resepi Ikan Goreng Berempah

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan ikan kedalam mangkuk ..
  2. Kemudian masukkan serbuk cili , serbuk kari ikan , tepung jagung , serbuk maggi cukuprasa dan garam secukuprasa..
  3. Gaul sehingga rata..supaya ikan bersalut dengan rempah perapan..
  4. Perap selama 1 jam..
  5. Setelah 1 jam..ambil ikan yang diperap 1 jam tadi..gaul2 semula hingga rata..
  6. Kemudian panaskan minyak goreng ikan hingga garing dan masak..ketepikan..
  7. Buangkan minyak goreng ikan tadi..cuma tinggal sedikit sahaja untuk menggoreng bawang..
  8. Panaskan minyak goreng semua bahan tabur hingga garing..
  9. Kemudian taburkan bawang goreng keatas ikan..
  10. Sedia dimakan dengan nasi panas2..
  11. Resepi Ikan goreng berempah siap..πŸ˜‰πŸ˜‰