Ikan Goreng Masak Pedas Ala Thai

Ikan Goreng Masak Pedas Ala Thai

Bahan – bahannya :

  • 2 Keping ikan tenggiri
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • ½ Biji bawang holland – dihiris
  • 3 Helai daun limau purut
  • 1 Sudu besar air limau nipis
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 5 Biji cili merah dan hijau
  • 10 Biji cili padi merah
  • 1 Inci halia muda
  • 2 Batang akar ketumbar
  • 5 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 2 Batang serai
Ikan Goreng Masak Pedas Ala Thai

Cara Penyediaan :

  1. Ikan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng..
  2. Minyak yang sama gorengan ikan ..cuma buang sedikit sahaja..
  3. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak..
  4. Kemudian masukkan air limau nipis ..kacau2 rata..
  5. Tambahkan gula perang , sos ikan, sos cili , sos tiram dan sos tomato..kacau2 rata..tambahkan sedikit air untuk kuahnya..agak2 la ye…biarkan mendidih sebentar…
  6. Masukkan hirisan bawang holland , daun limau purut dan ikan yang sudah digoreng..gaul2 rata dan sebati..
  7. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan..
  8. Siap ikan goreng masak pedas ala thai