Ikan Goreng Sambal Berlada

Ikan Goreng Sambal Berlada

Ikan Goreng Sambal Berlada

Bahan – bahannya :

  • 3 Ketul ikan Tongkol – digaul garam kunyit
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 Biji buah tomato – dihiris dadu
  • 2 Biji limau kasturi – ambil airnya
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 1 Batang serai – diketuk
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 5 Biji cili besar
  • 7 Biji cili padi
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1 Biji bawang besar
  • ½ Inci halia
  • 1 Batang akar ketumbar

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ikan tongkol sehingga masak dan garing..
  2. Minyak yang sama gorengan ikan , tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak..tambahkan serai yang diketuk..masak lagi..
  3. Apabila pecah minyak , masukkan sos ikan , sos tiram dan gula ..kacau2 rata..
  4. Masukkan hirisan buah tomato dan perahan air limau kasturi..kacau2 sebentar..
  5. Kemudian masukkan ikan tongkol yang digoreng tadi kedalam bahan yang kita masak..kacau lagi hingga rata..
  6. Taburkan hirisan daun ketumbar . Kacau2 sehingga semuanya rata dan sebati..
  7. Rasa semua cukup..matikan api dan sedia dihidangkan..
  8. Siap ikan goreng sambal berlada..
  9. Selamat mencuba..