Ikan Goreng Sambal Cili Padi

Ikan Goreng Sambal Cili Padi

Bahan – bahannya :

  • 7 Ekor ikan kembung – digaul garam kunyit
  • 1 Sudu besar kicap
  • Sedikit Serbuk maggi cukuprasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.

Bahan Kisar :

  • 20 Biji cili padi
  • 1 Biji bawang holland
  • 3 Ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
Ikan Goreng Sambal Cili Padi

Cara Penyediaan :

  1. Untuk gorengkan ikan , panaskan minyak goreng ikan hingga masak dan garing..angkat dan toskan minyak..ketepikan sebentar..
  2. Buangkan sedikit minyak gorengan ikan , tinggal sedikit sahaja minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak..
  3. Kemudian masukkan kicap , serbuk perasa dan sedikit air asam jawa..kacau hingga rata dan kuah sedikit kering..
  4. Rasa dulu sebelum masukkan ikan..semuanya secukuprasa..baru masukkan ikan yang digoreng terlebih dulu kedalam cili padi yang sudah dimasak..
  5. Gaul ikan hingga bersalut dengan kuahnya..
  6. Matikan api dan sedia dihidangkan ..
  7. Makan dengan nasi panas2 sedap niii..πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‰
  8. Siap menu saya resepi ikan goreng sambal cili padi..