Ikan Jenahak Bakar

Ikan Jenahak Bakar
Ikan Jenahak Bakar

Bahan – bahannya :

  • 1 Ekor ikan jenahak saiz sedehana besar..
  • 5 Sudu besar cili kering kisar
  • 3 Sudu besar pes bawang merah + pes bawang putih
  • 1 Sudu besar pes halia
  • 2 Sudu besar pes serai
  • 2 Sudu besar gula perang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
Ikan Jenahak Bakar

Cara Penyediaan :

  1. Ikan jenahak dibelah belakangnya..kemudian dibersih dan toskan..ketepi sebentar..
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah , bawang putih , halia dan serai sehingga naik wangi..
  3. Kemudian masukkan cili kisar..masak sampai pecah minyak..
  4. Masukkan pula air asam jawa , gula perang dan garam secukup rasa..
  5. Masak sampai garing..matikan api..
  6. Ambil sekeping aluminium foil letak diatas pinggan..dan sehelai daun pisang letak diatas aluminium foil ..letakkan sedikit paste chili yang dimasak diatas daun pisang..
  7. Kemudian letakkan ikan diatas paste chili..
  8. Selebih paste chili ..sapukan diatas permukaan ikan luar dan dalam.
  9. Kemudian balutkan ikan hingga tutup semuanya..
  10. Letak atas dulang bakar ..dan masukkan kedalam oven..sebelum bakar..panaskan oven 10 minit..
  11. Kemudian bakar ikan hingga masak..
  12. Angkat dan perahkan sedikit jus limau nipis..
  13. Siap ikan jenahak bakar..
  14. Selamat mencuba..