Ikan Keli Goreng Berempah Masak Sambal

Ikan Keli Goreng Berempah Masak Sambal

Bahan – bahannya :

  • 6 Ekor ikan keli sederhana kecil
  • 1 Sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 Sudu teh serbuk cili
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 Sudu besar gula perang
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu teh pati asam jawa – dibancuh dengan sedikit air menjadi 150ml
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan Tumbuk :

  • 2 Biji cili padi merah
  • 4 Ulas bawang putih
  • 3 Biji bawang merah
  • ½ Inci halia

Bahan Kisar :

  • 18 Tangkai cili kering – direbus
  • 1 Biji bawang besar
  • 4 Ulas bawang putih
Ikan Keli Goreng Berempah Masak Sambal

Cara Penyediaan :

  1. Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersihnya terlebih dahulu ok.
  2. Untuk bersihkan ikan keli , boleh di gunakan cuka , limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya..dan garam juga boleh dilumur keseluruhan ikan .. biarkan seketika kemudian bilas sehingga lendirnya hilang semuanya.
  3. Kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam , kunyit , serbuk kari ikan dan serbuk cili ..Goreng sehingga ikan keli garing. angkat dan toskan minyak..
  4. Minyak yang sama goreng ikan tadi…buang sedikit sahaja .
  5. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau..
  6. Kemudian masukkan bahan kisar .masak sehingga hingga cili pecah minyak..
  7. Kemudian masukkan air asam jawa..
  8. Tambahkan pula garam secukuprasa dan gula perang..kacau2 sehingga cili sedikit kering dan masak sepenuhnya..
  9. Masukkan ikan keli yang sudah digoreng tadi kedalam sambal bersama sedikit hirisan daun ketumbar..daun ketumbar tak letak pun tak apa…suka2 hati…gaul2 rata dan sebati…
  10. Tuangkan diatas pinggan dan sedia untuk menikmati bersama nasi panas2.
  11. Siap ikan keli goreng berempah masak sambal
  12. Selamat mencuba…