Ikan Selar Goreng Tomyam

Ikan Selar Goreng Tomyam

Ikan Selar Goreng Tomyam

Bahan – bahannya :

  • 7 Ekor ikan selar – digaul garam kunyit tepung jagung dan digoreng
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Daun limau purut
  • 1 Sudu besar pes tomyam
  • ½ Cawan santan
  • ½ Cawan air
  • 3 Biji tomato ceri
  • 3 Biji Cili padi

Bahan Tumis :

  • 3 Batang serai – dihiris
  • 5 Ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 Biji bawang holland – dihiris dadu

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ikan selar sehingga garing..angkat dan ketepikan sebentar..
  2. Panaskan sedikit minyak , tumiskan bawang holland , bawang putih dan serai sehingga wangi..
  3. Kemudian masukkan 1 sudu besar pes tomyam dan sos ikan..gaul sekali dengan bahan tumis..
  4. Masukkan tomato ceri, cili padi dan daun limau purut. kacau2 rata..
  5. Masukkan santan dan sedikit air..kacau dan didih sebentar..
  6. Rasa semuanya cukup..matikan api dan tuangkan keatas ikan yang telah digoreng terlebih dulu..
  7. Siap ikan selar goreng tomyam..