Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan – bahannya :

  • 2 Ekor ikan siakap – dicuci asam garam..kemudian digaul garam dan tepung jagung..kemudian digoreng..
  • 1 Labu bawang besar – dipotong dadu
  • 6 Ulas bawang putih – dicincang halus
  • 10 Biji cili padi – dipotong kecil
  • 1 Inci halia – dihiris halus
  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • Sebelah nenas- dipotong dadu
  • 2 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 Sudu besar sos ikan
  • 2 Batang serai – diketuk
  • 3 Helai daun limau purut – dihiris nipis
  • Garam gula secukuprasa
  • Air secukupnya.
  • 15 Tangkai cili kering – direbus dan dikisar
  • Minyak untuk menumis
Ikan Siakap Tiga Rasa
Ikan Siakap Tiga Rasa

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali , Tumis bawang merah , bawang putih dan halia..tumis hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan cili kisar..kacau dan masak hingga pecah minyak…
  3. Selepas pecah minyak , masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram , sos ikan dan cili padi. Kacau sebentar.
  4. Kemudian masukkan bawang besar , nenas dan sedikit air.. kacau sebentar..
  5. Akhir sekali masukkan garam gula secukuprasa dan daun limau purut…kacau lagi dan masak hingga kuah sedikit pekat…
  6. Matikan api dan curahkan kuah di atas ikan yang telah digoreng tadi.
  7. Siap ikan siakap tiga rasa..
  8. Sedia hidangkan…