Isi Ayam Goreng Berempah

Isi Ayam Goreng Berempah

Bahan – bahannya :

  • 2 Ketui isi ayam – dihiris dadu sebesar 1 inci , dibersih dan toskan
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1/2 Labu bawang besar – dihiris
  • 1 Sudu besar tepung jagung
  • 1 Sudu besar rempah kari daging
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 Sudu besar serbuk jintan putih
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit perasa ajinomoto
Isi Ayam Goreng Berempah

Bahan kisar :

  • 2 Batang serai
  • 3 Ulas bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan ayam yang telah didadu kedalam bekas bersama bahan kisar dan kesemua bahan diatas kecuali daun kari dan bawang besar…
  2. Gaulkan hingga sebati..
  3. Perapkan selama 30 minit..
  4. Panaskan minyak , goreng ayam hingga masak keemasan.
  5. Sebelum ayam diangkat masukkan bawang besar dan daun kari..kacau dan goreng hingga garing…
  6. Goreng sampai habis dan matikan api…
  7. Siap Isi ayam goreng berempah..
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas – panas…