Jenahak Stim Ala Thai

Jenahak Stim Ala Thai

Bahan – bahannya :

  • 1 Ekor ikan Jenahak
  • 3 Batang serai – diketuk
  • 2 Cawan air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 Tangkai akar ketumbar
  • 10 Ulas bawang putih
  • 2 Biji lemon – diperah jusnya
  • 2 Sudu besar gula perang
  • 10 Biji cili padi – dicincang halus
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris
  • 2 Sudu besar sos ikan
  • Sedikit hirisan lemon -hiasan
Jenahak Stim Ala Thai

Cara Penyediaan Kukus Ikan

  1. Bersihkan ikan jenahak dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
  2. Serai yang diketuk masukkan ke dalam perut ikan.
  3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama 20 minit atau sehingga ikan masak.
  4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.

Cara Penyediaan Kuah

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Masukkan kiub ayam, Masak sehingga mendidih dan tutup api.
  3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, sedikit gula perang , hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati.
  4. Semua bahan ini tidak dimasak ok .. cuma akan masak dalam air stok yang suam-suam panas sahaja..
  5. Cara ini akan membuat bahan menjadi segar dan bau aromanya.
  6. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.
  7. Sedia untuk dihidangkan..
  8. Siap resepi jenahak stim ala thai…