Kailan Goreng Sos Tiram

Kailan Goreng Sos Tiram

Bahan – bahannya ;

  • 1 Pokok kailan – diasing daun dan batang
  • 150ml air
  • 1 Biji bawang besar – dihiris bulat
  • 1 Biji cili besar – dihiris
  • 4 Ulas bawang putih – Dicincang halus
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • ½ Sudu teh garam
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • Sedikit udang sayur
  • Minyak untuk menumis
Kailan Goreng Sos Tiram

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang putih hingga naik bau…
  2. Kemudian masukkan batang kailan , udang dan air..kacau ..biar mendidih sebentar..
  3. Tambahkan pula sos tiram , garam dan serbuk maggi cukuprasa..kacau lagi..
  4. Akhirnya masukkan daun kailan , cili besar bersama hirisan bawang besar..kacau2 sehingga semuanya rata dan sebati..matikan api..
  5. Tuangkan keatas pinggan yang bersesuai..
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas2..
  7. Siap kailan goreng sos tiram…