Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan

Bahan – bahannya :

  • 1 Ikat kangkung
  • 1 Biji bawang besar – hiris
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk  :

  • 6 Biji cili padi
  • 1 Biji cili besar merah
  • 4 Ulas bawang putih
  • ½ Inci belacan

Cara Penyediaan :

https://www.instagram.com/p/Chv38CeJ9mu/

  1. Bersihkan kangkung dan potong kasar. Nak Asingkan bahagian batang dan daun pun boleh..tapi sis campur semuanya..ambil batang yang lembut sahaja..
  2. Kemudian kita tumbuk2 kasar cili padi , cili besar bawang putih dan belacan..ketepi sebentar..
  3. Panaskan sedikit minyak goreng ikan bilis sehingga garing..dan masukkan pula hirisan bawang besar..goreng hingga naik wangi..
  4. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan sedikit air.kacau2..masak sebentar sehingga cili masak.
  5. Tambahkan sos tiram , sos ikan dan serbuk perasa..kacau lagi..
  6. Masukkan kangkung ..kacau2 rata..jangan sampai sayur terlebih masak ok..
  7. Kacau2 matikan api..
  8. Angkat dan hidangkan
  9. Siap kangkung goreng belacan
  10. Selamat mencuba