Kari Daging Masala

Kari Daging Masala

Bahan2nya:

  • 400gm daging – direbus
  • 5 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
  • 3 Sudu Besar Serbuk Garam Masala
  • 2 Sudu Besar Kerisik
  • 300ml santan
  • 1 Keping Asam Gelugur
  • Garam & serbuk perasa

Bahan Tumis :

  • 2 Batang Kayu Manis
  • 3 Biji Bunga Cengkih
  • 3 Biji Buah Pelaga
  • 2 Biji Bunga Lawang
  • 3 Biji Bawang merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • Daun Kari

Bahan Kisar :

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang putih
  • ½ Inci Halia

Cara Penyediaan :

https://www.instagram.com/p/CiJoWAuvobA/

  1. Masukkan bahan2 tumis dalam minyak yang panas..tumis sehingga wangi dan keperangan..
  2. Kemudian masukkan serbuk rempah daging , serbuk garam masala dan bahan kisar..kacau dan masak sehingga pecah minyak..
  3. Tambah kerisik dan sedikit lagi serbuk garam masala..kacau lagi..
  4. Masukkan daging yang telah direbus..kacau2 rata..
  5. Tuang santan dan asam keping..kacau..masak hingga mendidih..
  6. Perasa dengan garam dan sedikit serbuk perasa..kacau2 rata..masak sebentar sehingga kuah sedikit pekat..
  7. Matikan api dan sedia dihidangkan
  8. Siap kari daging masala..