Kari Kambing

Kari Kambing

Bahan – bahannya :

  • 1 Paket Rempah Kari Daging
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kurma Daging
  • 2 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
  • Sedikit Air
  • 6 Biji Baby Kentang
  • 500gm daging kambing bersama tulang
  • Garam & Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Air Secukupnya
  • 1 Cawan Santan
  • 1 Sudu Besar Kerisik
  • Minyak Untuk Menumis
  • Hirisan Daun Ketumbar

Bahan untuk dikisar:

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 2 Inci Halia
  • 1 Inci Lengkuas

Bahan Tumis:

  • 4 Sekawan
  • Daun Kari
  • Cili Padi
  • Akar Ketumbar

Cara Penyediaan :

https://www.instagram.com/reel/CpeFzj

  1. Bersih daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
  4. Masukkan serbuk rempah daging , serbuk kurma , serbuk ketumbar dan sedikit air.. tumis sehingga pecah minyak. Kacau selalu supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan kentang dan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan Garam , serbuk maggi cukup rasa dan sedikit air rebusan daging,  Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan dan Kerisik..masak sebentar sehingga mendidih..Sebelum angkat masukkan hirisan daun ketumbar..kacau dan matikan api.
  8. Siap Kari kambing
  9. Selamat mencuba..