Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

Bahan – bahannya :

  • 1 Biji kepala ikan jenahak
  • 100 gm rempah basah – ikan
  • 10 Biji kacang bendi
  • 3 Biji tomato – dibelah 2 setiap sebiji
  • 3 Biji cili padi merah
  • 1 Mangkuk kecil santan
  • Air secukupnya
  • 1 Mangkuk kecil air asam jawa
  • ½ Labu bawang besar – dikisar
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Sudu teh halba campur
  • 2 Tangkai daun kari

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumisan hingga kekuningan dan naik bau..
  2. Kemudian masukkan rempah basah dan sedikit air..masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan air asam jawa , air secukupnya , santan pekat dan kepala ikan..kacau rata..
  4. Tambahkan kacang bendi , cili padi dan buah tomato.. kacau lagi dan biar mendidih sebentar hingga kacang bendi lembut dan kepala ikan masak sepenuhnya..
  5. Rasa semuanya secukuprasa , kuahnya sedikit pekat..matikan api..
  6. Siap resepi kari kepala ikan jenahak..
  7. Selamat mencuba..
  • Kari kepala ikan niza buat kali ini..tak perlu letak garam..kerana dalam rempah basah sudah ada garam.