Kari Sotong Ala Mamak

Kari Sotong Ala Mamak

Bahan – bahannya :

  • 1/2 Kilo Sotong – dibersihkan
  • 2 Tangkai Daun Kari
  • 2 Biji bawang Merah – dihiris
  • 3 Ulas Bawang Putih – dihiris
  • 1 Inci Halia – dihiris
  • 1 Sudu Besar Halba Campur
  • 1 Keping Asam Gelugur
  • Garam & Serbuk perasa Secukup Rasa
  • 3 Biji Hirisan Cili Padi
  • Daun ketumbar
  • 3 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1 Sudu Besar Minyak Sapi
  • 1 Paket Serbuk Rempah kari Udang – 24gm
  • 1 Sudu Besar Serbuk Cili
  • Sedikit Air
  • *Tidak perlu menggunakan air yang banyak.. apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri

Cara Penyediaan :

Kari Sotong Ala Mamak
  1. Panaskan minyak di dalam kuali , tumis bawang putih ,bawang merah , halia dan daun kari.masak sehingga sedikit keperangan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari , serbuk cili dan sedikit air..gaulkan sebati,masak sehingga pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau ok..
  3. Apabila sudah pecah minyak,masukkan sedikit air lagi..jangan banyak ok..kacau2 rata sebentar..
  4. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa..tambah pula sedikit serbuk perasa..kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.(Masih menggunakan api sederhana).
  5. Selepas itu,masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi,masak seketika.
  6. Akhir sekali,masukkan hirisan cili padi dan daun ketumbar dan tunggu sedikit kering dan matikan api.
  7. Sedia untuk dihidangkan..
  8. Siap kari Sotong Ala Mamak