Karipap Kelim Sendiri

Karipap Kelim Sendiri

Bahan – bahannya :

  • 4 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu besar marjerin
  • 1/2 Cawan minyak masak
  • 1 Sudu teh garam ( secukuprasa )
  • 1 Cawan air sejuk (anggaran)
  • Minyak untuk menggoreng…

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan tepung kedalam mangkuk dan ketepikan…
  2. Panaskan marjerin dan minyak …
  3. Kemudian tuangkan minyak panas ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi…
  4. Gaulkan perlahan-lahan sehingga rata 
  5. Jadikan ia deraian tepung..
  6. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit ( pastikan jangan terlebih air ) 
  7. Uli sehingga doh betul-betul menjadi pastri dan tidak melekat ditapak tangan…
  8. Biarkan didalam peti sejuk selama 5 minit..
  9. Kemudian bentukkan adunan menjadi bulat – bulat..
  10. Canaikan adunan menjadi leper..jangan terlalu nipis..kemudian letakkan inti keatasnya dan teruskan kelim…
  11. Buat sampai habis adunan..
  12. Panaskan minyak dan goreng karipap dengan api yang sederhana sehingga kekuningan dan toskan…
  13. Tutup api dan siap karipap kelim sendiri..
  14. Selamat mencuba..
  • Karipap yang niza buat ni..niza tak menggunakan acuan karipap..niza cuma canai besar mana niza nak dan kelim sendiri.mengikut citarasa..