Karipap Pusing Rangup Dan Gebu

Karipap Pusing Rangup Dan Gebu

Bahan Untuk Inti Sardin :

  • 1 Tin Sardin size sederhana
  • 3 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 Sudu besar Jus Lemon
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • Sedikit air
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumis Dan Hiris :

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 2 Tangkai daun kari
  • 6 Biji cili padi merah

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak.. minyak tumis tu jangan terlalu banyak ok… ,takut nanti minyak tu meleleh dicelah2 lapisan karipap.lambat kerja jadinya..
  2. Tumiskan semua bahan tumis hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan serbuk cili , serbuk kari ikan dan sedikit air…masak hingga pecah minyak dan cili betul2 masak..
  4. Kemudian masukkan sardin bersama sosnya sekali dan hancurkan. tak nak hancur sangat pun boleh je.ikut tekak masing2 ya..kacau2 sedikit ..masukkan garam secukuprasa dan serbuk maggi cukuprasa..kacau semuanya hingga rata dan sebati..biar sebentar hingga
  5. sambal betul2 kering.
  6. Akhir sekali , perahkan jus lemon dan hirisan daun bawang..Kacau rata hingga kering dan matikan api..
  7. Bolehlah diangkat dan sejukkan sebentar ..
  8. Biar betul2 sejuk dulu inti sardin sebelum dimasukkan kedalam doh karipap..
  9. Siap Resepi Inti Sardin.

Bahan – Bahan Untuk Karipap Pusing :

Bahan Untuk Kulit Luar :

  • 360gm tepung gandum
  • 30gm marjerin
  • 1 Sudu besar minyak masak
  • 100 ml air sejuk
  • 1 Sudu teh garam

Bahan Untuk Kulit Dalam :

  • 230gm tepung gandum
  • 50gm marjerin
  • 100ml minyak masak
Karipap Pusing Rangup Dan Gebu

Cara Penyediaan :

Untuk kulit luar :

  1. Gaulkan tepung bersama marjerin. Kemudian , air dan garam dibancuh..kacau2 hingga garam hancur..
  2. Kemudian masukkan minyak dan air sedikit-sedikit kedalam adunan tepung..
  3. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat ditapak tangan…
  4. Biar selama 20minit..

Untuk Kulit Dalam :

  1. Masukkan tepung kedalam mangkuk dan buatkan lubang ditengah- tengah tepung .
  2. Kemudian panaskan minyak dan marjerin..dan tuangkan kedalam tepung..kacau2 menggunakan sudu..
  3. Apabila adunan sejuk..baru digaul hingga sebati.
  1. Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis.
  2. Leperkan bebola dan canai memanjang, gulungkan.
  3. Leperkan dan canai sekali lagi secara menegak pula.
  4. Gulungkan, potong tiga. Leperkan dan canai secara bulat atau memanjang.
  5. Letakkan inti di sebelah bahagian sahaja, lipat dua dan kelim bahagian tepi.
  6. Buat sehingga selesai semuanya, gorengkan.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan..angkat dan toskan minyak..
  8. Ulang goreng hingga habis..
  9. Sedia untuk dihidangkan bersama teh tarik memang terbaik..
  10. Siap resepi karipap pusing Rangup dan gebu secukuprasa..

Tip untuk menggoreng :

  1. Api hendaklah sentiasa dikawal..
  2. Minyak pula jangan terlalu panas .nanti hasilnya tidak begitu cantik..