Kerabu Jantung Pisang Utara

Kerabu Jantung Pisang Utara

Bahan – bahannya :

  • 2 Biji jantung pisang
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Jus limau nipis secukupnya
Kerabu Jantung Pisang Utara

Bahan Kisar :

  • 1 Cawan kelapa parut
  • 3 Batang serai
  • 1/2 Inci halia
  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 3 Biji cili merah

Cara Penyediaan :

  1. Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut.
  2. Kemudian hiris jantung pisang nipis – nipis dan rendam didalam air bersama sedikit garam dan diramas sedikit.
  3. Didihkan air dan masukkan jantung pisang tadi. Masak sehingga jantung pisang empuk dan lembut. Kemudian tos ..
  4. Kemudian masukkan jatung pisang kedalam mangkuk bersama bahan kisar..gaul rata..
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukuprasa bersama sedikit jus limau nipis..
  6. Gaul sehingga rata dan sebati…
  7. Apabila semuanya dah secukuprasa..bolehlah dihidangkan..
  8. Kerabu jantung pisang utara siap ..
  9. Selamat mencuba…